Twitter

The Malaysian Pancake Co.

Shipping To Malaysia

Bonda Cafe

Latest News‎ > ‎

TERIMA KASIH KERANA MENJAYAKAN EASTER GAMES 2012

posted Apr 18, 2012, 3:31 PM by Kelab UMNO London

LONDON, 7 April : Easter Games,  acara sukan terbesar untuk rakyat Malaysia anjuran Kelab UMNO London telah berjaya diadakan di Wormwood Scrubs Park, London. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada Pelajar, Professional Muda dan Pegawai Kerajaan Malaysia membanjiri padang seawal 8am walaupun cuaca serendah 5celcius. Easter Games menjadi acara sukan berprestij bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga rakyat Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand dan Hong Kong. Mereka ini datang merata pelusuk United Kingdom dan juga dari jauh seperti Scotland, Ireland dan Jerman. Tahun ini menyaksikan penyertaan yang paling ramai dimana hampir 30 pasukan menyertai acara Bolasepak, Ragbi dan Bola Jaring dengan jumlah yang mengambil bahagian hampir 500 orang. Ini tidak termasuk jumlah para penyokong, pengunjung dan volunteers yang menjadikan acara sukan ini yang terbesar di London yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia. Selebriti terkemuka negara, Fahrin Ahmad juga mengambil bahagian dalam acara Ragbi dengan mewakili pasukan UMNO London.

Easter Games merupakan acara sukan yang dianjurkan oleh belia dan anak muda Malaysia yang menuntut dan menetap di London. Ini membuktikan belia Malaysia di luar negara mampu menganjurkan acara yang bermanfaat dan berkualiti. Terima kasih diucapkan kepada penaja dari Malaysia seperti Car & Co (est 1926), Gameplan, Mofaz, Moreimpex, Tourism Malaysia, Crownace UK dan UMNO di Malaysia yang memberi sumbangan dan bantuan dalam menjayakan acara yang gemilang ini.Terima kasih juga kepada EXCO Kelab UMNO London dan Volunteers yang bekerja tidak kira waktu dan hari demi memastikan acara ini berjaya.

Acara tahun ini dimenangi oleh Westminster FC (Easter Cup Bolasepak), Anak Merdeka FC (Easter Plate Bolasepak),   WHKS Asian Rugby Team (Ragbi) dan Brunets (Bola Jaring).

Easter Games merupakan contoh acara yang berkonsepkan 1Malaysia kerana ia dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kelab UMNO London amat berbangga kerana berjaya menjadi peneraju kepada pelbagai program yang menyatu padukan rakyat Malaysia dan memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat dan bukan sahaja orang Melayu.

Terima kasih diatas sokongan anda. Jumpa lagi ditahun 2013. 

Kami menjemput semua untuk melihat gambar-gambar yang sempat diambil di:

https://picasaweb.google.com/118069111557929527310/EASTERGAMES2012

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150799772942959.470598.659392958&type=3

Sekian.

Facebook: http://www.facebook.com/groups/45867038490/

Twitter: @umnolondon

Comments