The Malaysian Pancake Co.


Shipping To Malaysia



Bonda Cafe


Latest News‎ > ‎

Selamat Tahun Baru 2012 & Laporan Ringkas Aktiviti 2011

posted Jan 1, 2012 1:40 PM by Kelab UMNO London

Assalamualaikum.

Sahabat-sahabat Kelab UMNO London yang dikasihi,

Bagi pihak AJK Kelab UMNO London, kami ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga - warga Kelab UMNO London.

Alhamdulillah, tahun 2011 merupakan tahun yang amat bermakna buat kami semua. Sepanjang 2011, Kelab UMNO London begitu aktif dan berjaya menjalankan lebih 40 aktiviti dan program yang berasaskan Ilmiah, Kebajikan, Agama dan Sukan.

Semua kejayaan ini adalah berkat kerjasama, sokongan dan dorongan komuniti Malaysia di London. Semoga ia akan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala sumbangan, samada dalam bentuk kewangan mahupun tenaga kerja yang diberi oleh komuniti. Tanpa bantuan anda semua, tidak mungkin kami dapat menjalankan aktiviti dengan berjaya.

Kami menjemput semua sahabat - sahabat untuk melihat foto - foto yang sempat kami ambil sepanjang aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2011 di laman Facebook http://www.facebook.com/groups/45867038490/ atau di laman web rasmi  www.umnolondon.com

Keahlian Kelab UMNO London juga sudah meningkat 3 kali ganda ke lebih 500 ahli. Ini satu petanda positif kepada perubahan yang cuba kami lakukan. Kami menyeru kepada sahabat – sahabat semua untuk membantu kami meningkatkan keahlian kelab. Jika ada rakan-rakan anda yang ingin menyertai Kelab UMNO London, sila ke laman web rasmi www.umnolondon.com dan klik “Join Now”.

InsyaAllah, pada tahun 2012, kami akan berusaha lebih gigih untuk melakukan perubahan dan menjadikan Kelab UMNO London, organisasi yang sudah berusia 41 tahun ini lebih relevan, inklusif dan bermakna kepada semua ahlinya dan rakyat Malaysia. Kami yakin dengan keahlian sekarang yang terdiri daripada ‘undergraduate’ , ‘postgraduate’, Professional Muda dan Rakyat Malaysia yang bermastautin tetap di London dan UK, kita dapat memberi satu pengalaman hidup berkomuniti untuk rakyat Malaysia yang berada di London ( dan United Kingdom ).

 Kami sentiasa mengalu – alukan sebarang cadangan dan nasihat untuk memantapkan lagi Kelab UMNO London.

 

Selamat Tahun Baru 2012.

 

Yang berkhidmat,

Pengerusi

Timbalan Pengerusi

EXCO Penggal 2010 - 2012