|
Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,
Bagi pihak Kelab UMNO London, saya berharap masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri daripada kami, seluruh warga kerja Kelab UMNO London. Taqabbalallaahu Minnaa wa Minkum Salihal A’mal – Semoga Allah menerima amalan soleh daripada kami dan juga kalian. Alhamdullilah, sepanjang bulan Ramadhan yang lalu kita telah berjaya menghidupkan bulan Ramadhan dengan aktiviti – aktiviti yang bermanfaat seperti: a) Taddarus Al-Quran
b) Majlis Iftar
c) Qiyamullail
d) Kutipan derma untuk individu yang sakit kritikal di UK dan fakir miskin di Afrika, dan Palestin
e) Membantu mangsa rusuhan di London f) Melawat komuniti Malaysia yang sakit, kesusahan dan banyak lagi
Usaha – usaha tersebut dapat dilaksanakan berkat daripada permuafakatan dan kerjasama antara komuniti Malaysia yang berada di London dan UK. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada komuniti Malaysia kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kami dalam apa jua aktiviti yang dirancang. Sila layari Facebook group kami di http://www.facebook.com/groups/45867038490/ untuk gambar – gambar yang sempat kami upload. Kami juga mengambil kesempatan untuk mengumumkan bahawa, Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Kelab UMNO London akan diadakan pada Sabtu, 17 September 2011, bermula jam 5pm – 10pm di Delima Malaysian Restaurant, 36 Soutwick Street, Paddington, London W2 1JQ, www.delima-restaurant.co.uk.
Semoga usaha murni ini dirahmati dan diberkati ALLAH. Insyaallah. Kedatangan anda amat dialu-alukan dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sila datang bersama keluarga, saudara mara, rakan taulan dan sebagainya. Jazakallahukhayran katheera. Muafakat membawa berkat.
Bagi pihak Kelab UMNO London,
Dzuhair Hanafiah Pengerusi
|



