The Malaysian Pancake Co.


Shipping To Malaysia



Bonda Cafe


Latest News‎ > ‎

PROGRAM IBADAT QORBAN DAN AQIQAH 2011M/1432H

posted Oct 20, 2011 5:58 PM by Kelab UMNO London   [ updated Oct 20, 2011 5:58 PM ]


ASSALAMUALAIKUM.
 
 HEBAHAN PROGRAM IBADAT QORBAN DAN AQIQAH.
 
 EDUCATION MALAYSIA UK & EIRE

 PROGRAM IBADAT QORBAN DAN AQIQAH 2011M/1432H
 
 Adalah dimaklumkan bahawa sempena menyambut Hari Raya Aidiladha 1432H/2011M, Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Islam (JHEUI) akan melaksanakan ibadah Qorban dan Aqiqah bertempat di Education Malaysia (EM) London.
 
 Pihak (JHEUI) dengan kerjasama JAKIM turut mengendalikan Ibadat Qorban dan Aqiqah khusus untuk umat Islam di Kemboja. Sumbangan ibadah Qorban dan Aqiqah ini akan disalurkan terus kepada masyarakat Islam Kemboja.
 
 Jumlah bayaran bagi ibadat qorban/aqiqah adalah sebagaimana berikut:
 
 Ibadat Qorban/Aqiqah di Education Malaysia London :
 
 1. £ 125 bagi seekor biri-biri
 
 2. £ 125 bagi satu bahagian daripada tujuh bahagian seekor lembu
 
 Ibadat Qorban/Aqiqah di Kemboja:
 
 £ 80 bagi satu bahagian daripada tujuh bahagian seekor lembu
 
 Untuk penyertaan, DAPATKAN BORANG DI KAUNTER MALAYSIA HALL. Bayaran boleh dibuat melalui tunai ataupun cek. Cek hendaklah di atas nama JHEUI. Pembayaran mesti dibuat SELEWAT-LEWATNYA PADA HARI SELASA, 25 OKTOBER 2011.
 
 SEKIAN, TERIMA KASIH.
 
 AMMAR SIDDIQUE MOHD AMIN
 ATASE PENDIDIKAN (BIMBINGAN AGAMA)
 EDUCATION MALAYSIA UNITED KINGDOM & EIRE.
 TEL: +44(0) 207 9851257