Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak MSD/Central London Mosque telah mengisytiharkan bahawa Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1432, jatuh pada hari, Selasa 30hb Ogos 2011. Dengan itu, Kelab UMNO London ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin-muslimat Malaysia di United Kingdom. Solat Sunat Aidilfitri akan dilangsungkan pada pagi 1 Syawal ( 30 Ogos 2011) di Bangunan Suruhanjaya
Tinggi Malaysia London pada pukul 9am, beralamat di 45-46 Belgrave
Square, London SW1X 8Q. Para jemaah
digalakkan untuk sampai awal. Takbir bermula jam 8.30am. Bagi pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan sukacitanya kami ingin menjemput saudara dan saudari sekalian ke Majlis Rumah Terbuka Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK & Northern Ireland, TYT Datuk Zakaria Sulong dan YBhg Datin Hazizah Ahmad. Butiran majlis adalah seperti berikut:
Tarikh: Hari Raya Aidilfitri kedua, Rabu 31hb Ogos 2011 Tempat: Rumah Malaysia, 1 Templewood Gardens, London NW3 7XB Masa: 1pm - 5pm
|



