Assalamualaikum. Muslimin dan Muslimat yang dikasihi, Sukacita dimaklumkan bahawa The Islamic Cultural Centre & London Central Mosque dan Education Malaysia United Kingdom & Eire telah mengumumkan secara rasminya bahawa Hari Raya Aidil Adha ditetapkan pada hari AHAD, 6 NOVEMBER 2011. Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha akan diadakan di : Suruhanjaya Tinggi Malaysia di 45-46 Belgrave Square, London SW1X 8QT pada hari tersebut bermula jam 8.30 pagi. Kelab UMNO London mengucapkan taqabbalaLah minna wa minkum bersempena dengan kedatangan hariraya Adha kali ini. Semoga kita menghayati pengorbanan para anbiya, para auliya dan semua perjuang agama Allah ini di sepanjang zaman Allahu Akbar, Allahu Akbar, walilahi al-Hamd. Salam daripada kami semua. Bagi pihak Kelab UMNO London |



