The Malaysian Pancake Co.


Shipping To Malaysia



Bonda Cafe


Latest News‎ > ‎

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUL 2011 DAN MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PELAJAR BARU

posted Oct 20, 2011 3:26 AM by Kelab UMNO London   [ updated Oct 20, 2011 6:04 PM ]

Assalamualaikum.


Ahli- Ahli Kelab UMNO London yang dihormati,


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2011 DAN MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PELAJAR BARU


InsyaAllah, Mesyuarat Agung Tahunan 2011 dan Majlis Ramah Mesra Bersama Pelajar Baru akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:


Tarikh : 29 OKTOBER 2011 (Sabtu)

Masa : 2.00 – 6.00 petang

Tempat : Holiday Villa Hotel, 35 – 37 Leinster Gardens, London,
W2 3AN


Jamuan dan Majlis Ramah Mesra akan diadakan selepas mesyuarat berakhir.



Agenda mesyuarat :



a) Ucapan Pengerusi

b) Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2010.

c) Membentangkan dan meluluskan Laporan Tahunan 2010 - 2011.

d) Membentangkan dan meluluskan Laporan Kewangan Tahunan berakhir pada 30 September 2011.

e) Pengesahan Ahli Jawatankuasa yang baru.

f) Membentangkan usul / cadangan / dasar aktiviti baru bagi 2011 - 2012

g) Hal-hal lain.

h) Ucapan Penangguhan oleh Pengerusi.


2. Semua ahli Kelab UMNO London dijemput hadir. Sesiapa yang belum menjadi ahli, sila layari http://www.umnolondon.com/joinus dan daftar keahlian.

3. Kami mohon jasa baik saudara / saudari untuk mengesahkan kehadiran anda (RSVP) supaya kami dapat menyediakan makanan yang mencukupi.


Sebarang pertanyaan dan cadangan sila emel ke setiausaha@umnolondon atau dzuhair@umnolondon.com 



Sekian, terima kasih.



Yang berkhidmat,

NIK NABILAH

SETIAUSAHA