MAJLIS IFTAR DAN SESI RAMAH MESRA BERSAMA ASYRAF HAZIQ SEKELUARGA Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat yang dikasihi, Ramadhan Kareem. Dengan rendah diri ingin dimaklumkan bahawa Kelab UMNO London akan mengadakan Majlis Iftar pada Khamis, 18hb Ogos 2011 sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Dengan persetujuan pihak Education Malaysia, majlis ini akan diadakan di Malaysia Hall, London bertujuan untuk menghidup dan memakmurkan bulan Ramadan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama Islam khasnya rakyat Malaysia di London. Kami juga menerima banyak permintaan daripada masyarakat Malaysia untuk bertemu dengan Asyraf Haziq (mangsa rusuhan di London). Beliau sekeluarga dengan sukacitanya telah bersetuju menerima undangan kami untuk bersama-sama berbuka puasa dengan rakyat Malaysia di London. Semoga usaha murni ini dirahmati dan diberkati ALLAH. Insyaallah.
Sila
hulurkan jemputan kami kepada keluarga, rakan taulan serta rakyat Malaysia yang
berhampiran. Kami juga mengalukan-alukan sebarang sumbangan/sedekah
berbentuk wang atau makanan dalam usaha membantu kami menganjurkan majlis ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui saya, Dzuhair 07590801528 atau Cik Nabila Taufik 07775440580. Kehadiran Tuan/Puan amat dialu-alukan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Jazakallah. Sekian, Terima kasih. Bagi pihak Kelab UMNO London, Dzuhair Hanafiah Pengerusi |




