Assalamualaikum semua, Sempena majlis "An Evening With Our Prime Minister" pada 14hb Mei 2012 (Isnin), perkhidmatan Bas Percuma akan disediakan dari Malaysia Hall London. Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menaiki bas tersebut berdasarkan First Come First Serve. Hanya 2 biji bas disediakan. Siapa cepat dia dapat. Bas akan bertolak pada: 1530hrs dari Malaysia Hall, London Bas akan pulang pada: 2200hrs dari The 02 Dome (Indig02) ke Malaysia Hall, London Program tentatif majlis "An Evening With Our Prime Minister" adalah seperti berikut: Tempat: The O2 Dome (IndigO2), Peninsula Square, London, SE10 0DX 5.00pm - Kehadiran Tetamu 6.15pm - Kehadiran Perdana Menteri 7.00pm - Perdana Menteri bertemu rakyat (turun padang) 9.00pm - Bersurai Makanan dan minuman serta persembahan kebudayaan akan diadakan semasa majlis. Majlis ini bukanlah majlis formal kerana Perdana Menteri akan berucap secara ringkas dan kemudian beliau akan beramah mesra bersama rakyat. Semua rakyat Malaysia dan tetamu dijemput hadir. Wassalam. |




